Baru-baru ini, STU telah menerima rungutan secara lisan daripada ahli kerana dipaksa / dipaksarela untuk mengadakan kelas tambahan untuk pelajar UPSR semasa cuti Gawai-Raya ini.
Sekiranya terdapat ahli yang membuat rungutan sedemikian di Bahagian tuan/puan, sila minta ahli tersebut untuk menghantar emel kepada Sekretariat STU di stu.sarawak.teachers.union@gmail.com.
Emel tersebut perlu menyatakan rungutan/ketidakpuasan hati dengan jelas, Nama Sekolah dan Nombor Ahli supaya rungutan daripada akar umbi ini dapat dibawa ke pengetahuan Pengarah JPNS selewat-lewatnya pada Selasa, 21 Mei 2019.
Sekian, terima kasih.